21 November 2024 - YDH SAC Ismadi bin Borhan, Ketua Penolong Pengarah, Koordinasi Sumber Sokongan (KSS), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman serta diiringi oleh DSP Tan Cheng Kiat, DSP Polis Bantuan, JPJKK Bukit Aman telah mengadakan lawatan ke pasukan Polis Bantuan UPM.
Tetamu kehormat telah disambut oleh Tuan Norazlan bin Mohammed, Pengarah Keselamatan UPM serta pegawai-pegawai kanan Polis Bantuan UPM. Selain daripada menyampaikan amanat dan arahan semasa dari pucuk pimpinan PDRM, tujuan lawatan juga adalah menjalinkan kerjasama dalam urusan pentadbiran polis bantuan serta mengeratkan lagi hubungan antara pihak JPJKK dan warga Polis Bantuan UPM.


Date of Input: 17/01/2025 |
Updated: 17/01/2025 | miorazham
MEDIA SHARING