8 Julai 2025 - APSeC telah mengadakan Ujian Kecergasan Fizikal bagi calon jawatan Penolong Pegawai Keselamatan (KP5) dan Pembantu Keselamatan (KP1). Seramai 19 calon bagi kedua-dua jawatan tersebut hadir bagi ujian ini dimulai dengan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM dan seterusnya ujian fizikal dan larian 2.4 kilometer di Stadium UPM. Sesi ujian ini turut dikelola oleh wakil dari Pejabat Pendaftar UPM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh jurulatih-jurulatih dari Kor SUKSIS UPM.
Date of Input: 06/10/2025 |
Updated: 06/10/2025 | miorazham
MEDIA SHARING