16 Sept 2023 – Bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu (UPMKB) kira-kira seramai 500 orang di kalangan warga UPMKB dan orang awam telah menyertai program Jom Run 916 anjuran UPMKB dan Bintulu Chinese Chamber Of Commerce & Industry (BCCI). Seramai 7 anggota dari
APSeC / Polis Bantuan UPM Kampus Bintulu telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung.
Semua anggota yang terlibat ditugaskan di sekitar laluan dan lokasi yang strategik bagi memastikan kelancaran program yang bermula dari jam 6.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi itu. Acara bermula di Dewan Sri Kenyalang di mana semua peserta berkumpul dan seterusnya diadakan acara senamrobik sebelum aktiviti larian dimulakan. Turut hadir dalam program berkenaan wakil ADUN Tanjung Batu, Pn. Angeline Stephen Rajang dan Pengarah Kampus UPMKB Prof. Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini.
Date of Input: 28/10/2023 |
Updated: 28/10/2023 | roshaizak
MEDIA SHARING